Hotel Signature Hotel China Town, Puduraya Hotel 3-bintang
Reviu tetamu (2,177)
Salah satu pilihan terbaik kami di Kuala Lumpur. Hotel ChinaTown menawarkan penginapan yang sofistikated di daerah Bukit Bintang yang sibuk di Kuala Lumpur. Ia terletak hanya 1 km dari Berjaya Times Square. Tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa di restoran di lokasi, dan memanfaatkan Wifi percuma yang disediakan di seluruh hotel. Bilik-bilik denagn warna neutral dan lembut di sini serba lengkap, termasuk TV skrin rata, kalis bunyi dan almari pakaian untuk keperluan simpanan anda. Setiap bilik yang berhawa dingin mempunyai bilik mandi peribadi yang menyediakan kelengkapan mandian percuma dan kemudahan pancuran mandian yang dipanaskan. Pengering rambut, tuala dan selipar kesemuanya disediakan di dalam bilik. Kakitangan yang boleh bertutur dalam pelbagai bahasa bertugas 24 jam sehari di kaunter penerimaan tetamu untuk membantu anda dengan perkhidmatan termasuk simpanan bagasi, mengatur perkhidmatan shuttle dan lain-lain pertanyaan. Tetamu boleh meletak kenderaan mereka secara percuma di tempat parking awam yang berhampiran. Starhill Gallery dan Aquaria KLCC masing-masing terletak 1.3 km dan 1.5 km dari Hotel ChinaTown. Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, yang berjarak 17 km dari Hotel ChinaTown. Bukit Bintang adalah pilihan hebat pelancong yang berminat dengan hiburan, pasar dan lawatan mesra keluarga. Ini adalah kawasan kegemaran tetamu kami di Kuala Lumpur menurut reviu bebas. Kami bertutur bahasa anda! Signature Hotel China Town, Puduraya telah menerima tetamu Booking.com sejak 2 Feb 2017.
EmoticonEmoticon